PROFILE SEKOLAH

PROFILE SEKOLAH SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA 2

Nama & Alamat Sekolah :
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sri Damansara 2
Jalan Cempaka SD 12/2, Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur

Kod Sekolah : BBA 8253

Tel/Fax : 03-62720144 / 03-62772539

Jenis : Sekolah Kebangsaan

Peringkat Sekolah : Sekolah Rendah

Sesi : Pagi

Di buka : Julai 2000

Bilangan Murid :
630 ( Sehingga April 2015 )


 SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini telah di buka pada 17 Julai 2000. Terletak di pinggir bukit Bandar Sri Damansara dan di kelilingi kawasan perumahan. Jabatan Pelajaran Selangor telah memutuskan sekolahini boleh memulakan operasi pada 1 Januari 2001 untuk murid tahun 1, 2, 3, dan 4. Seramai 360 orang murid dan 8 orang guru telah memulakan sesi persekolahan hari pertama pada hari tersebut bersama 3 orang guru penolong kanan dan 2 kakitangan sokongan bukan guru. Guru besar pertama sekolah ini ialah Pn. Ainon Marthdiah Binti Ahmad dan Pengerusi PIBG Pertama ialah Dato' Che' Khalid Bin Mohd Noh
Sekolah Kebangsaan Bandar baru Sri Damansara 2 mendapat nama sempena dengan nama kawasan itu sendiri iaitu Bandar Sri Damansara. Terdapat 4 buah sekolah rendah lain di kawasan ini yang menggunakan Bandar Sri Damansara


LENCANA SEKOLAH

HURAIAN DAN PENERANGAN LENCANA

2000 : Tahun sekolah ditubuhkan.

BUKU : Ilmu penyuluh hidup, panduan kepada murid, melambangkan sekolah tempat menyebarkan ilmu untuk semua bangsa dan agama.

2 GERIGI :  Melambangkan sains dan teknologi. Keazaman melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi, selaras dengan wawasan negara untuk menjadi negara maju.

BUNGA CEMPAKA KELOPAK 7 : Terletak sekolah ini di Jalan Cempaka, 7 pula bermaksud di buka pada bulan 7 ( julai )

LENGKUNGAN MOTTO SEKOLAH : Menggambarkan rangkuman matlamat sekolah yang akan berusaha melahirkan murid berilmu, berdisiplin, berintelektual, berwawasan serta berjaya dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

WARNA KUNING : Melambangkan warga SKBBSD2 sentiasa taat dan berpegang teguh kepada peraturan sekolah dan undang-undang negara.
WARNA MERAH :  Melambangkan keberanian, ketegasan serta semangat juang yang tinggi di sanubari setiap warga sekolah dalam mencapai sesuatu cita-cita dan matlamat

WARNA MERAH DAN KUNING : Warna bendera Negeri Selangor

WARNA HIJAU :  Melambangkan keakraban, keharmonian dan kesatuan ikatan perpaduan di kalangan warga sekolah yang berbilang kaum. Warna rasmi sekolah.

SKBBSD 2's Fan Box